Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Kegunaan Blog

Manfaat jika ada Blog 

1) Untuk menambah pendapatan. 

Macam mana? Biasanya penulis blog untuk jana pendapatan tambahan dengan menyertai pengiklan online seperti Nuffnang atau Program Affiliate.
Dengan menyertainya, iklan akan diletak pada blog tersebut. Lagi banyak pelawat
klik iklan tersebut, lagi banyak hasilnya. Tapi, pendapatan itu bergantung kepada
kerajinan penulis blog mengemaskini (update) dan mencari followers serta
trafik baru.

2) Luahan perasaan.

Ramai orang tulis blog kerana nak luahkan perasaan mereka.
Yalah, kalau tulis kat Facebook, nampak macam public sangat kan? So, mereka
tulis sahaja di blog. Lagipun di blog boleh tulis panjang-panjang :)

3) Sebagai perniagaan

Sekarang makin ramai menjalankan perniagaan online melalui
blog dan laman web. Senang saja. Pamerkan barang yang nak dijual beserta harga
Lepas tu, bungkus barang tu dan poskan kepada si pembeli. Mudah kan?
Si penjual tak perlu bayar sewa kedai dan si pembeli tak payah keluar pergi kedai!

4) Sebagai portal akademik. 

Ramai intelektual menulis artikel untuk dimuatkan 
dalam blog mereka. Artikel ini pula, boleh digunakan orang lain sebagai sumber rujukan
akademik bagi mereka. Tak rugi berkongsi ilmu.

5) Sebagai medium dakwah

Mungkin ramai yang segan untuk berdakwah secara terang-
terangan seperti mengikuti jemaah tabligh dan sebagainya. Apa kata gunakan blog untuk
tujuan ini? Masukkan entri-entri seperti kata-kata hikmah, potongan hadith dan ayat
Al-Quran beserta terjemahan dalam blog anda.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih. Jemput Datang Lagi





Klik Share & Confirm
×
Sila Tinggalkan Komen Anda Terima Kasih