Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Khidmat Membina Laman Blog

Khidmat membina Laman blog khas untuk usahawan dan individu.

Tiada masa!
Tiada pengetahuan!
Tak tahu coding css / html!
Pening nak susun navigasi / widget atau lain-lain!
Nak buat baru 100% !

Takpe.. saya sedia membantu anda menyediakan blog dengan menawarkan pakej khas pada harga mampu untuk semua. Tapi sebelum itu , jika baca kenyataan saya di bawah ini.


  • Saya bukan seorang profesional dalam membina laman blog/web. Penilaian  adalah subjektif dan berbeza-beza menurut setiap individu dengan menilai blog yang pernah saya hasilkan sebelum ini.
  •  Saya juga tidak akan menyentuh aspek SEO dalam membina blog anda. SEO ini terlalu luas dan berubah-ubah, maka saya tidak mahu mengambil risiko ini. Saya hanya meletakkan SEO mengikut kemahiran yang saya ada.
  • Perkhidmatan saya ini juga, amat lah sesuai untuk mereka yang mahu memiliki blog baru. Penukaran 'template' yang kerap akan merosakkan susun atur blog anda. Dengan kata lain Kesihatan Blog anda bakal terjejas dan yang paling ditakuti akan jadi cacat kekal.
  • Tempoh siap setiap blog bergantung pada masa lapang saya dengan tempoh maksimum 14 hari dari tarikh tempahan diterima. Ini kerana saya adalah seorang yang masih  makan gaji. Tetapi komitmen saya terhadap pelangan adalah keutamaan saya dan In Sha Allah saya akan usaha yang terbaik untuk pelanggan saya.
  • Setiap pelanggan akan dijemput ke dalam Pages Rahsia di Facebook untuk 'support' percuma andai mempunyai masalah berkenaan blog yang telah saya bina.
Baiklah... 

Adakah anda berminat untuk memilih pakej bina blog yang saya tawarkan?

Jom Like fanpage ini >> Upah-Bina-Blog

Hubungi saya di Facebook >> AzmiAziz 


Sekian, terima kasih





eBook Khas Untuk Anda

Idea dan Strategi Pemasaran Online 

Assalammualaikum dan Salam sejahtera. 

Anda seorang usahawan online?

Anda mahu kan ebook  ini secara percuma.

Idea & Strategi Pemasaran Online, setebal 68 muka surat ini padat dengan tips dan strategi menarik bagaimana membuat jualan secara online.


Ecover

Anda bakal mendapatkan ebook ini secara percuma dan ia amat bermanfaat untuk anda. Buku ini ditulis oleh IM terkenal di Malaysia. Jangan Terlepas Peluang untuk mendapatkan eBook ini secara percuma. 

Klik pada gambar buku di atas untuk mendapatkan pautan download. Sila masukkan nama dan email anda. Pautan/Link download ebook secara percuma akan dihantar terus ke email anda.

Mohon Like Fanpages Upah Bina Blog.

Sekian. Terima kasih. 








Kenapa Usahawan Perlu Ada Blog

KENAPA USAHAWAN PERLU MEMPUNYAI BLOG PERNIAGAAN 

Blog perniagaan merupakan antara medium penting di kalangan usahawan/peniaga masa kini.  Mempunya blog perniagaan ini ibarat anda telah mempunyai/memiliki sebuah kedai.

Apakah kelebihan mempunyai Blog Perniagaan ini.


Mari kita lihat

·       TIADA SEMPADAN 
Jika  anda mempunyai blog/web maka anda telah meletakkan perniagaan anda tanpa sempadan . Perniagaan anda boleh di kunjungi dan di ketahui sesiapa sahaja walau di mana mereka berada di dunia ini.

·       TIADA  HAD MASA 
Blog perniagaan adalah kedai anda. Kedai anda boleh dilihat oleh bakal pelanggan  24 jam sehari 7 Hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa kos tambahan

·       MEWUJUDKAN JARINGAN PERNIAGAAN TANPA HAD 
Di Internet iumlah jaringan perniagaan anda adalah tanpa had . Anda dapat berhubung dengan peniagaan lain seberapa banyak yang anda suka dengan mudah dan membina pautan perniagaan lain di laman web anda.

·       KOS YANG RENDAH 
Tiada kos untuk menggaji pekerja. Anda adalah majikan dan pekerja bagi perniagaan anda. Anda boleh mengawal selia perniagaan anda sendiri. Anda juga tidak perlu membayar bil-bil utiliti atau sewa kedai.

·       DAPAT MENJUAL PRODUK TANPA BAYARAN KOS PROMOSI 
Di internet anda mempunyai pilihan untuk mempromosi produk anda tanpa kos. Banyak tapak web yang menyediakan perkhidmatan iklan tanpa bayaran. Dengan blog juga anda boleh berkongsi produk perniagaan anda. Jika blog anda mempunyai fungsi 'share' ke laman sosial maka ia adalah satu kelebihan.


Lihatlah terlalu banyak kelebihan-kelebihan bagi usahawan yang mempunyai blog perniagaan sendiri. 

Sudahkah anda memiliki blog perniagaan anda sendiri? 

Kaedah Menjual di Facebook

Kaedah Menjual di Facebook 

Tips yang perlu kita tahu


Ramai yang sering abaikan 7 BENDA HALUS ni di Facebook. Walaupun ianya nampak remeh TETAPI ianya turut memberi kesan pada bisnes anda yang menggunakan Facebook sebagai platform jualan.

PERTAMA: FANPAGE PRODUK
Untuk melakukan pemasran dengan cara yang betul, anda MESTI gunakan atau mempunyai fanpage untuk produk anda. Ianya KHAS untuk promosikan produk kepada bakal-bakal prospek anda nanti. Elakkan dari menggunakan personal account dan tag gambar dengan kawan-kawan. Ini adalah kaedah yang tak professional dan ianya merupakan salah satu cara SPAMMING. Ramai orang BENCI dan menyampah dengan spammers!

 KEDUA: FACEBOOK TIMELINE
 Facebook timeline iaitu gambar header apada akaun Facebook anda memainkan peranan, dimana anda perlu letakkan gambar berkaitan dengan produk anda. Dapatkan grafik designer untuk design timeline yang cantik untuk anda. Timeline yang cantik ini membuktikan anda serius dan professional dengan bisnes anda.

KETIGA: FACEBOOK PROFILE PICTURE
Ini adalah bahagian gambar anda, pastikan anda menggunakan gambar  anda bagi membina relationship dan kepercayaan bakal pelanggan.

KEEMPAT: WALL POST
Cuba beri masa 5-15 minit untuk buat sebuah wall post berkaitan produk anda. Sekali lagi saya ingatkan ianya BERKAITAN DENGAN PRODUK ANDA!. Anda boleh tulis manfaat produk anda, letakkan video berkaitan produk, beri tips atau gambar berkaitan.

KELIMA: LIKE KOMEN & MENTION NAMA
Ambil juga masa untuk LIKE komen-komen yang diberikan oleh bakal pembeli anda atau fans. Dengan cara ini mereka akan rasa dihargai dan besar hati terhadap respond anda. Jika perlu, mention nama mereka juga supaya mereka tahu anda membaca apa yang mereka tulis di wall fanpage anda dan ianya menampakkan yang anda benar-benar serius dengan bisnes anda.

 KEENAM: CALL TO ACTION
Bila anda melakukan PROMOSI, pastikan anda beri arahan call to action seperti "ORDER SEKARANG! CALL 0123456789". Arahan ini dengan jelas menyatakan jika mereka ingin order produk tersebut mereka perlu hubungi nombor phone tertera.

KETUJUH: RESPOND PANTAS

Bila ada prospek yang menghubungi anda samada melalui PM atau phone dan sebagainya, pastikan anda respond dengan segera. Ini menunjukkan anda senang dihubungi dan meningkatkan rasa confident mereka kepada anda. TOLONG jangan respond selepas 2-3 hari, confirm anda akan dilihat kurang serius dan customer pun akan lari! Saya harap 7 tips yang saya berikan tersebut dapat membantu anda!

Selamat Maju Jaya.

Kegunaan Blog

Manfaat jika ada Blog 

1) Untuk menambah pendapatan. 

Macam mana? Biasanya penulis blog untuk jana pendapatan tambahan dengan menyertai pengiklan online seperti Nuffnang atau Program Affiliate.
Dengan menyertainya, iklan akan diletak pada blog tersebut. Lagi banyak pelawat
klik iklan tersebut, lagi banyak hasilnya. Tapi, pendapatan itu bergantung kepada
kerajinan penulis blog mengemaskini (update) dan mencari followers serta
trafik baru.

2) Luahan perasaan.

Ramai orang tulis blog kerana nak luahkan perasaan mereka.
Yalah, kalau tulis kat Facebook, nampak macam public sangat kan? So, mereka
tulis sahaja di blog. Lagipun di blog boleh tulis panjang-panjang :)

3) Sebagai perniagaan

Sekarang makin ramai menjalankan perniagaan online melalui
blog dan laman web. Senang saja. Pamerkan barang yang nak dijual beserta harga
Lepas tu, bungkus barang tu dan poskan kepada si pembeli. Mudah kan?
Si penjual tak perlu bayar sewa kedai dan si pembeli tak payah keluar pergi kedai!

4) Sebagai portal akademik. 

Ramai intelektual menulis artikel untuk dimuatkan 
dalam blog mereka. Artikel ini pula, boleh digunakan orang lain sebagai sumber rujukan
akademik bagi mereka. Tak rugi berkongsi ilmu.

5) Sebagai medium dakwah

Mungkin ramai yang segan untuk berdakwah secara terang-
terangan seperti mengikuti jemaah tabligh dan sebagainya. Apa kata gunakan blog untuk
tujuan ini? Masukkan entri-entri seperti kata-kata hikmah, potongan hadith dan ayat
Al-Quran beserta terjemahan dalam blog anda.

Belajar Bina Blog

Anda mungkin salah seorang daripada mereka yang tidak tahu membina blog sendiri dan bagaimana mendapatkan pelawat ke blog anda. Anda sering meminta bantuan orang lain, bertanya, mencari, namun masa anda terus habis begitu sahaja dan tidak dapat membina blog anda sendiri.

Mahukah anda terus membazir masa padahal ada jalan yang lebih mudah? Semakin anda membazir masa, semakin anda ketinggalan walhal orang lain terus meninggalkan anda.

Kini menjadi satu 'trend' orang sekarang memiliki blog mereka sendiri bagi tujuan menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa di Internet. Malah dengan memiliki blog, anda boleh menggunakannya untuk pelbagai tujuan.

'Apa itu blog?', blog adalah singkatan daripada perkataan 'web log'. Mungkin anda biasa dengar dua perkataan ini. Contohnya buku log... atau buku catatan, jadi secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online). Sebagaimana sebuah diary yang ditulis setiap hari.

Dengan blog, anda boleh menyuarakan pendapat atau idea anda secara terus ke alam maya, dengan cara ini anda juga mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik daripada satu.


Blog adalah satu cara di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.
Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorangusahawan, sudah pasti produk atau servis anda akan diketahui akan kewujudannya oleh ramai orang!
Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan, tidak memiliki blog adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!

Baiklah, disini saya tawarkan perkhidmatan "personel coaching' untuk membina blog (basic) pada harga berpatutan untuk membantu anda membina sebuah blog kepunyaan anda sendiri samada tujuan peribadi atau perniagaan anda.

JIka anda mahu lebih mudah untuk mendapatkan blog kepunyaan anda sendiri, saya menerima upah untuk membina blog untuk anda,

Anda boleh melihat harga bagi perkhidmatan saya di >> KLIK SINI <<






Upah Bina Blog

Upah Bina Blog

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya menyediakan perkhidmatan  Upah BIna Blog untuk pelanggan-pelanggan yang berminat.  Blog akan dibina menggunakan blogspot.com.

Harga Upah bagi setiap blog adalah mengikut Pakej 


Kerja-kerja yang saya akan buat hanyalah penyediaan blog sahaja tidak termasuk untuk SEO. Posting ke dalam blog adalah tanggungjawab pelanggan.

Kerja-kerja yang saya akan buat ialah seperti berikut;

  1. Daftar Akaun Google
  2. Daftar Akaun Blogspot
  3. Memasukkan template yang anda pilih ( Klik Sini)
  4. Memasukkan post (Pelanggan perlu sediakan 5 artikel dalam format MS Office .wrdx)
  5. Label, Pages, Order Form 
  6. Memasang Widget Terpilih (Popular Post/Recent Post/Visitors Count/Visitors)
  7. Memasang social button (untuk memudahkan anda share dari Akaun Social Anda)


Anda boleh pilih sendiri nama domain yang dicadang digunakan tertakluk kepada kekosongan domain tersebut. Kami akan maklumkan jika domain tersebut sudah dipunyai dan cadangan nama domain lain yang sesuai.

Saya akan melakukan submission percuma kepada enjin pencarian internet utama seperti google, yahoo dan Ping URL supaya blog anda tersenarai di dalam internet. Ini menambahkan potensi pasaran di internet bagi pencarian produk, servis atau sebagainya yang anda tawarkan.




Apa yang perlu pelanggan lakukan.

  1. Berikan saya nama cadangan blog anda
  2. Pembayaran Penuh selepas  saya  membuat pendaftaran email dan design
  3. Memberi saya Design/gambar untuk dimasukkan ke dalam Header Blog anda.
  4. Menyediakan sekurang-kurangnya 5 artikel  didalam format Microsoft Word untuk saya masukkan ke dalam Blog anda.
  5. Sentiasa memberi kerjasama/maklum balas semasa proses penyediaan Blog anda.
  6. Setelah siap saya, anda perlu membayar baki pembayaran dan saya akan memberi anda login & password untuk anda.
  7. Setiap pembetulan/perubahan/pindaan mestilah dimaklum dalam tempoh 7 hari selepas blog anda siap.

Terima Kasih. Jemput Datang Lagi





Klik Share & Confirm
×
Sila Tinggalkan Komen Anda Terima Kasih