Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Kaedah Menjual di Facebook

Kaedah Menjual di Facebook 

Tips yang perlu kita tahu


Ramai yang sering abaikan 7 BENDA HALUS ni di Facebook. Walaupun ianya nampak remeh TETAPI ianya turut memberi kesan pada bisnes anda yang menggunakan Facebook sebagai platform jualan.

PERTAMA: FANPAGE PRODUK
Untuk melakukan pemasran dengan cara yang betul, anda MESTI gunakan atau mempunyai fanpage untuk produk anda. Ianya KHAS untuk promosikan produk kepada bakal-bakal prospek anda nanti. Elakkan dari menggunakan personal account dan tag gambar dengan kawan-kawan. Ini adalah kaedah yang tak professional dan ianya merupakan salah satu cara SPAMMING. Ramai orang BENCI dan menyampah dengan spammers!

 KEDUA: FACEBOOK TIMELINE
 Facebook timeline iaitu gambar header apada akaun Facebook anda memainkan peranan, dimana anda perlu letakkan gambar berkaitan dengan produk anda. Dapatkan grafik designer untuk design timeline yang cantik untuk anda. Timeline yang cantik ini membuktikan anda serius dan professional dengan bisnes anda.

KETIGA: FACEBOOK PROFILE PICTURE
Ini adalah bahagian gambar anda, pastikan anda menggunakan gambar  anda bagi membina relationship dan kepercayaan bakal pelanggan.

KEEMPAT: WALL POST
Cuba beri masa 5-15 minit untuk buat sebuah wall post berkaitan produk anda. Sekali lagi saya ingatkan ianya BERKAITAN DENGAN PRODUK ANDA!. Anda boleh tulis manfaat produk anda, letakkan video berkaitan produk, beri tips atau gambar berkaitan.

KELIMA: LIKE KOMEN & MENTION NAMA
Ambil juga masa untuk LIKE komen-komen yang diberikan oleh bakal pembeli anda atau fans. Dengan cara ini mereka akan rasa dihargai dan besar hati terhadap respond anda. Jika perlu, mention nama mereka juga supaya mereka tahu anda membaca apa yang mereka tulis di wall fanpage anda dan ianya menampakkan yang anda benar-benar serius dengan bisnes anda.

 KEENAM: CALL TO ACTION
Bila anda melakukan PROMOSI, pastikan anda beri arahan call to action seperti "ORDER SEKARANG! CALL 0123456789". Arahan ini dengan jelas menyatakan jika mereka ingin order produk tersebut mereka perlu hubungi nombor phone tertera.

KETUJUH: RESPOND PANTAS

Bila ada prospek yang menghubungi anda samada melalui PM atau phone dan sebagainya, pastikan anda respond dengan segera. Ini menunjukkan anda senang dihubungi dan meningkatkan rasa confident mereka kepada anda. TOLONG jangan respond selepas 2-3 hari, confirm anda akan dilihat kurang serius dan customer pun akan lari! Saya harap 7 tips yang saya berikan tersebut dapat membantu anda!

Selamat Maju Jaya.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih. Jemput Datang Lagi





Klik Share & Confirm
×
Sila Tinggalkan Komen Anda Terima Kasih