Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Belajar Bina Blog

Anda mungkin salah seorang daripada mereka yang tidak tahu membina blog sendiri dan bagaimana mendapatkan pelawat ke blog anda. Anda sering meminta bantuan orang lain, bertanya, mencari, namun masa anda terus habis begitu sahaja dan tidak dapat membina blog anda sendiri.

Mahukah anda terus membazir masa padahal ada jalan yang lebih mudah? Semakin anda membazir masa, semakin anda ketinggalan walhal orang lain terus meninggalkan anda.

Kini menjadi satu 'trend' orang sekarang memiliki blog mereka sendiri bagi tujuan menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa di Internet. Malah dengan memiliki blog, anda boleh menggunakannya untuk pelbagai tujuan.

'Apa itu blog?', blog adalah singkatan daripada perkataan 'web log'. Mungkin anda biasa dengar dua perkataan ini. Contohnya buku log... atau buku catatan, jadi secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online). Sebagaimana sebuah diary yang ditulis setiap hari.

Dengan blog, anda boleh menyuarakan pendapat atau idea anda secara terus ke alam maya, dengan cara ini anda juga mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik daripada satu.


Blog adalah satu cara di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.
Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorangusahawan, sudah pasti produk atau servis anda akan diketahui akan kewujudannya oleh ramai orang!
Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan, tidak memiliki blog adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!

Baiklah, disini saya tawarkan perkhidmatan "personel coaching' untuk membina blog (basic) pada harga berpatutan untuk membantu anda membina sebuah blog kepunyaan anda sendiri samada tujuan peribadi atau perniagaan anda.

JIka anda mahu lebih mudah untuk mendapatkan blog kepunyaan anda sendiri, saya menerima upah untuk membina blog untuk anda,

Anda boleh melihat harga bagi perkhidmatan saya di >> KLIK SINI <<






0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih. Jemput Datang Lagi





Klik Share & Confirm
×
Sila Tinggalkan Komen Anda Terima Kasih