Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Kenapa Usahawan Perlu Ada Blog

KENAPA USAHAWAN PERLU MEMPUNYAI BLOG PERNIAGAAN 

Blog perniagaan merupakan antara medium penting di kalangan usahawan/peniaga masa kini.  Mempunya blog perniagaan ini ibarat anda telah mempunyai/memiliki sebuah kedai.

Apakah kelebihan mempunyai Blog Perniagaan ini.


Mari kita lihat

·       TIADA SEMPADAN 
Jika  anda mempunyai blog/web maka anda telah meletakkan perniagaan anda tanpa sempadan . Perniagaan anda boleh di kunjungi dan di ketahui sesiapa sahaja walau di mana mereka berada di dunia ini.

·       TIADA  HAD MASA 
Blog perniagaan adalah kedai anda. Kedai anda boleh dilihat oleh bakal pelanggan  24 jam sehari 7 Hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa kos tambahan

·       MEWUJUDKAN JARINGAN PERNIAGAAN TANPA HAD 
Di Internet iumlah jaringan perniagaan anda adalah tanpa had . Anda dapat berhubung dengan peniagaan lain seberapa banyak yang anda suka dengan mudah dan membina pautan perniagaan lain di laman web anda.

·       KOS YANG RENDAH 
Tiada kos untuk menggaji pekerja. Anda adalah majikan dan pekerja bagi perniagaan anda. Anda boleh mengawal selia perniagaan anda sendiri. Anda juga tidak perlu membayar bil-bil utiliti atau sewa kedai.

·       DAPAT MENJUAL PRODUK TANPA BAYARAN KOS PROMOSI 
Di internet anda mempunyai pilihan untuk mempromosi produk anda tanpa kos. Banyak tapak web yang menyediakan perkhidmatan iklan tanpa bayaran. Dengan blog juga anda boleh berkongsi produk perniagaan anda. Jika blog anda mempunyai fungsi 'share' ke laman sosial maka ia adalah satu kelebihan.


Lihatlah terlalu banyak kelebihan-kelebihan bagi usahawan yang mempunyai blog perniagaan sendiri. 

Sudahkah anda memiliki blog perniagaan anda sendiri? 

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih. Jemput Datang Lagi





Klik Share & Confirm
×
Sila Tinggalkan Komen Anda Terima Kasih